Sunday, October 23, 2011

kesempurnaan yang menyempurnakan hidup


Kehadiran mu telah memberi seribu makna dalam hidup ku…
Perkenalan yang begitu mudah,
Mula dengan kawan seterusnya berpasangan
Di awal perhubungan ini, kita melaluinya dengan indah, bahagia
Sehinggakan aku rasa dunia ini aku yang punya
Hari demi hari, bulan demi bulan
Hubungan kita sering diuji dengan pelbagai cubaan
Kau memberi dorongan agar tidak berputus asa menghadapinya
Aku sabar menghadapi
Walaupun ada ketika mengalirkan air mata kerana tidak tertahan dengan dugaan yang menimpa
Keluarga ku juga pada mulanya tidak merestui hubungan kita
Berat hadapi semua ini,
Akan tetapi aku tetap tabah menghadapi
Setelah setahun kemudian akhirnya keluarga ku telah merestui hubungan kita
Terima kasih papa, mama kerana memahami

kau sering  membahagiakan aku di saat aku sedang berduka
Kau sering membuat ku ketawa
Kau buat ku tersenyum dengan gelagatmu
Kau akan melawak walaupun kadang tak masuk akal
Tak apa, yang penting aku bahagia semua apa yang kau buat


Sayang, ingatkah kau kita ketawa bersama
Kita makan bersama, kita jalan- jalan bersama
Kita bercerita tentang angan- angan masing- masing
Aku gembira dengan semua itu
Rasa mahu ulang detik2 kita bersama dengan penuh bahagia itu
Akan tetapi masa itu kita tidak boleh ulangkan..


Tapi kan sayang,
Kenapakah makin aku rasakan berat sangat dugaan yang menimpa hubungan kita ini
Kau lebih percaya cakap dia berbanding aku
Kau tuduh aku buat apa yang aku tak buat
Kau bagi salah aku atas kesalahan yang kau sendiri lakukan
Kau tak percaya aku
Kau tak kongsi masalah kau sama aku
Padahal aku boleh tolong kau
Aku faham hidup kau
Kau tak bagi aku kesempatan untuk menerangkan apa yang berlaku


Kini hubungan kita semakin sulit untik diertikan
Kadang aku sendiri tidak faham dengan apa yang berlaku
Seperti yang berlaku semua ini hanyalah mimpi semata-mata
Tapi itulah kenyataan kan..
Aku kena terima


Apa-apa pun
Terima kasih atas cinta dan kasih sayang mu terhadap diriku
Terima kasih yang tak terhingga juga atas prihatin mu kepada ku




To be continued..

with love, syana syazana







No comments:

Post a Comment