Tuesday, May 1, 2012

sekadar renungan



Cinta sebenar datang bukan pada kita semasa remaja, tetapi ianya datang sewaktu kamu dewasa. Anggaplah cinta monyet sekarang adalah cabaran bagi kita, selepas cabaran itu berlalu, barulah kamu tahu cinta yang sebenarnya. Janganlah kamu ingat bahawa lelaki/perempuan yang kamu cintai itu meninggalkan kamu hanya sebab hendak mempermainkan perasaan. Bahawasanya, ianya berlaku kerana ada kecacatan yg berlaku semasa bercinta, dan itu akan membuatkan kamu mengubah kecacatan itu.


Kita hanya mungkin menyintai seseorang dan bertemu jodoh dengan orang yang kita cintai.. Dan hanya mungkin itu adalah perancangan, impian di setiap pasangan pasangan yang bercinta.. Namun kita hanya merancang dan mencari jalan untuk mencapai.. Dan sebaik baik perancangan itu adalah dariNya..

Kadang percintaan itu tidak melalui perjalanan yang seindah yang diingini.. Ada cerita duka dan derita.. Dan amat beruntunglah pada mereka mereka yang punyai kisah cinta hingga ke akhir hayat.. Setiap halangan dan dugaan hadapi bersama sama..

‎: : Allah tidak pernah salah menemukan setiap pasangan,, cuma pasangan itu yang salah menentukan masa depan mereka,,

 Selama mana pun kamu SETIA, sehebat mana pun kamu MERANCANG, sejauh mana pun kamu MENUNGGU, sejujur mana pun kamu MENERIMANYA, jika ALLAH SWT tidak menulis JODOH kamu bersamanya, kamu tetap tidak akan bersamanya 

Dan bila kamu telah mengetahui seseorang itu kepunyaan seseorang, janganlah ada niat dan usaha menganggu keharmonian hubungan mereka.. Kerana kadang sikap suka menjadi orang ketiga ini amat hina dan jijik kerana sanggup mengambil hak orang.. Sedarilah dunia tak selalu indah, dan suatu masa nanti pasti kamu akan terbalas atas perbuatan kamu jua 

Cinta selalunya membahagiakan dan akan tetapi menyintai tidak bererti memiliki.. Kadang cinta itu merosakkan jiwa jiwa kerana bukan semua cinta harus diperjuangkan.. Cintailah pada dia yang halal padamu, bukan menyintai orang yang salah.. Kerana cinta itu satu rasa, jalan mencari bahagia bukan derita  



sekian... semua ne xda kena mengena dengan yang hidup atau dah mati... 

No comments:

Post a Comment